Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan 1436H

Alhamdulillah.
Ramadhan tiba lagi.

Sumber: http://lumenstudet.cempaka.edu.my/

Alhamdulillah juga.
Dah 3 tahun aku sambut Ramadhan di bumi Sakura ni.
Amalan ni taktau dah cukup ke belum.
Yang confirm banyak lagi lubang hitam dalam hati ni nak ditimbus.
Semoga Ramadhan tahun ni bawa barakah, insya-Allah.

P/s: Dugaan puasa di negara orang. Takde bazaar. Subuh masuk awal. Buka puasa esok taktau nak masak apa, silap silap makan sushi aje nanti. Adess.

InsyaAllah ayuh harung segala cabaran.
Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.
Assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, May 5, 2015

Ibaraki Taikai 2015

Venue: Padang Bola Ibaraki University (Hitachi Campus)
Tarikh: 3 Mei 2015
Masa: 10:00AM ~ 6:30PM

   Alhamdulillah lepas harung lebih 500km sepanjang highway, selamat juga sampai hero hero AkitaPadu FC ke Ibaraki. Sesampai di Ibaraki, kami singgah dulu di sebuah pantai (tidak diketahui namanya), untuk bersantai santai dulu sebelum pergi berperang (cewah), maklumlah sampai awal sikit dari estimated arrival time. 





*****************************************************

   Tak perlu rasanya nak di-detail-kan sangat pasal taikai. Rata-rata semua tahu susun atur game. Ok terus ke gambar yang sempat aku snap sepanjang game:-





































*****************************************************

Tak dilupakan juga sedikit snap member member 30th RPKJ:- 










*****************************************************

   Team AkitaPadu FC walaubagaimanapun tewas menerusi sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir (piala bawah) menentang team JAD. Semoga team AkitaPadu FC bakal mengaum semula di Tohoku Taikai yang bakal berlangsung di Estadio Nou Camp Akita bulan Julai nanti, insyaAllah. (nama stadium aku sembang aje)

   Tahniah kepada juara dan tahniah juga kepada semua pasukan yang menghadiri taikai kali ini. Terima kasih daun keladi, insyaAllah tahun depan jumpa lagi.

30th RPKJ in Ibaraki
#AkitaPadu

Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.