Friday, August 14, 2015

Gembleng Tenaga Cuti Musim Panas

   Seperti biasa macam tahun lepas, bila tiba cuti musim panas je, budak budak univ mesti pishang takde benda nak buat. Yelah al-maklum cuti kan. So, untuk menghilangkan ke-pishang-an tu, aku & tujuh orang rakan lain telah apply kerja short part-time paling femes turun-temurun antara pelajar-pelajar Akita University ni, iaitu part-time di kilang roti Takeya.

   Part-time ni ataupun dalam bahasa Jepun-nya, arubaito (アルバイト) atau dipendekkan jadi baito di Takeya ni telah berlangsung selama 6 hari, bermula dari 6 Ogos lepas sampai 11 Ogos, cukuplah 6 hari kan. Masa pulak dari 6 petang sampai 3 pagi (waktu Jepun). Tapi, boleh kata sepanjang enam hari tu kami habis kerja pun pukul 5 pagi kot, sebab OT ataupun 残業 (zanngyou).

   Kerja kerja memerah keringat di kilang ni nak kata senang tak boleh jugak. Maklum-lah, musim panas. So, boleh bayangkan lah kepanasan dalam kilang tu bila bekerja dengan machines ni. Tapi untuk pekerja berpengalaman macam aku ni consider takde problem lah kot, eceh eceh eceh. Takdela, semua sama je sebenarnya. Semua mengeluh gak kot kena berdiri je sepanjang buat kerja ni.

   Kerja yang kami buat sepanjang baito Takeya musim panas ni ialah membuat 饅頭 (manjuu), iaitu sejenis kuih tradisional Jepun yang femes, digunakan dalam perayaan お盆 (obon) diorang. Antara kerja kerja yang kami buat dalam kilang tu ialah sapu telur atas adunan kuih tu, kipas tepung lebihan atas adunan kuih tu, packing, dan lain-lain. Kerja kerja tu semua dibuat sambil berdiri selama 8 jam. Antara 8 jam tu ada lah 1 jam untuk rehat. Habis je baito bila balik rumah kompem lutut semua rasa nak tercabut punya lah. Tapi takpe, kalau kerja ikhlas tak rasa lenguh lengas semua tu, pui. Hahaha. Oh ye, kerja paling penat antara semua tu sebenarnya kerja packing lah kot. Sebab kerja packing tu slow harom. Bila kau buat kerja yang slow sambil berdiri sepanjang 4 jam, faham faham lah seksa dia macam mana woi. Haha.

   Tapi apape pun alhamdulillah, baito tahun ni berjalan dengan lancar, takde orang ponteng sepanjang enam hari ni (bukan macam tahun lepas, ehem). Gambar-gambar dalam kilang pun aku tak dapat nak snap, maklum-lah copyright. Akhir sekali, kepada rakan rakan yang join baito tahun ni, terima kasih dan otsukare. Tunggu gaji datang ye bulan depan. Huehue.

*****************************************************




Baito baito jugak, solat jangan lupa.

Otsukare.

Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, August 4, 2015

Kantou Matsuri / 竿燈祭り Akita 2015

Venue: Akita City, Akita
Tarikh: 3,4,5,6 Ogos 2015
Masa: 6:00PM ~ 9:00PM

   Haa okay kalini aku nak kenalkan satu perayaan unik yang orang Jepun sambut setiap tahun. Ala macam kita orang Malaysia sambut Aidilfitri lah kan. Perayaan orang Jepun ni ada macam-macam sebenarnya, walaupun aku tak berapa tahu sangat sebenarnya (lol). Yang aku tahu 新年会 / shinnenkai (Sambutan Tahun Baru), お盆 / obon (Festival Tanglung), dan lain-lain lagi lah. Nak senang korang boleh google jela kot kalau nak kenal kan? Hehe. Ok. Yang aku nak kenalkan sikit harini sebenar-nya bukan festival-festival yang aku mention sebelum ni. Tapi, yang pesak besar tajuk kat atas nun. Kantou Matsuri nama dia.

   Masa aku first time datang kat sini dulu, first time aku dengar nama Kantou tu ingatkan Kantou-chihou (関東地方) atau nama salah satu region dalam peta Jepun tu. Dah tiga tahun baru aku kenal kanji sebenar Kantou (竿燈) yang festival ni. Haha. So terus jela kat pengenalan perayaan ni. Kantou Matsuri ni kalau di-translate-kan secara am-nya ialah Pole Lantern Festival. Yang ada banyak banyak tanglung gantung kat atas sebatang buluh, pastu yang diorang junjung atas tangan, kepala, dan sebagainya tu, sambil diiringi paluan paluan gendang dan irama irama balada dari bamboo flute (irama balada tu aku gebang je). Dulu kecik kecik dulu aku pernah jugak la try main junjung-junjung ni, pakai penyapu jela tapi. Huehue.

Haa tediaa satu contoh bagi yang tak dapat tangkap penggunaan bahasa aku tadi.

*********************************************************

   Perayaan ni aku tak pasti betul ke tak, tapi rasanya perayaan ni cuma ada kat Akita sahaja kot. Kalau silap mohon maaf. Sebab banyak bas datang dari negeri bawah, sanggup naik atas tu, semata-mata nak tengok perayaan ni. Kalau nak lagi tepat aku sarankan korang google jela. Hehe. Yang aku nak share kat sini sebenarnya gambar gambar je. Huehue.

   Yang menarik aku perhati tadi, ada sorang pakcik tu junjung batang buluh tu sampai habis bengkok dah buluh dia. Tunggu masa nak jatuh je. Tapi pakcik tu steady je angkat sambil orang ramai tepuk dan sorak "dokkoisho, dokkoisho" (aku taktau maksud dia). Tapi at last jatuh jugak la tanglung dia tu. Buluh dia patah sebab yela, graviti kan. Cewah. Banyak jugak la buluh patah tahun ni kalau nak banding dengan yang aku tengok tahun lepas. Takpe, yang penting dapat jugak la cuci mata cuci otak sikit dari asyik menghadap buku je, al-maklum, musim final exam kitorang sekarang ni. Ok la. Cukup la kot perkenalkan nama festival ni. Nak tahu lagi lanjut, rajin rajinkan lah tangan anda untuk meng-google. Aku tak berapa pandai sangat susun ayat nak explain kat orang ni. Hehe. Sekian, terus ke gambar yang tak banyak.

*********************************************************










Ni dia buluh tanglung bengkok harom yang aku mention tadi.





*********************************************************

Dan terakhir sekali,

Marco si Kucing yang acah acah model swimsuit

Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.