Part-time ni ataupun dalam bahasa Jepun-nya, arubaito (アルバイト) atau dipendekkan jadi baito di Takeya ni telah berlangsung selama 6 hari, bermula dari 6 Ogos lepas sampai 11 Ogos, cukuplah 6 hari kan. Masa pulak dari 6 petang sampai 3 pagi (waktu Jepun). Tapi, boleh kata sepanjang enam hari tu kami habis kerja pun pukul 5 pagi kot, sebab OT ataupun 残業 (zanngyou).
Kerja kerja memerah keringat di kilang ni nak kata senang tak boleh jugak. Maklum-lah, musim panas. So, boleh bayangkan lah kepanasan dalam kilang tu bila bekerja dengan machines ni. Tapi untuk pekerja berpengalaman macam aku ni consider takde problem lah kot, eceh eceh eceh. Takdela, semua sama je sebenarnya. Semua mengeluh gak kot kena berdiri je sepanjang buat kerja ni.
Kerja yang kami buat sepanjang baito Takeya musim panas ni ialah membuat 饅頭 (manjuu), iaitu sejenis kuih tradisional Jepun yang femes, digunakan dalam perayaan お盆 (obon) diorang. Antara kerja kerja yang kami buat dalam kilang tu ialah sapu telur atas adunan kuih tu, kipas tepung lebihan atas adunan kuih tu, packing, dan lain-lain. Kerja kerja tu semua dibuat sambil berdiri selama 8 jam. Antara 8 jam tu ada lah 1 jam untuk rehat. Habis je baito bila balik rumah kompem lutut semua rasa nak tercabut punya lah. Tapi takpe, kalau kerja ikhlas tak rasa lenguh lengas semua tu, pui. Hahaha. Oh ye, kerja paling penat antara semua tu sebenarnya kerja packing lah kot. Sebab kerja packing tu slow harom. Bila kau buat kerja yang slow sambil berdiri sepanjang 4 jam, faham faham lah seksa dia macam mana woi. Haha.
Tapi apape pun alhamdulillah, baito tahun ni berjalan dengan lancar, takde orang ponteng sepanjang enam hari ni (bukan macam tahun lepas, ehem). Gambar-gambar dalam kilang pun aku tak dapat nak snap, maklum-lah copyright. Akhir sekali, kepada rakan rakan yang join baito tahun ni, terima kasih dan otsukare. Tunggu gaji datang ye bulan depan. Huehue.
*****************************************************
| Baito baito jugak, solat jangan lupa. |
| Otsukare. |
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment