Venue: Akita City, Akita
Tarikh: 3,4,5,6 Ogos 2015
Masa: 6:00PM ~ 9:00PM
Haa okay kalini aku nak kenalkan satu perayaan unik yang orang Jepun sambut setiap tahun. Ala macam kita orang Malaysia sambut Aidilfitri lah kan. Perayaan orang Jepun ni ada macam-macam sebenarnya, walaupun aku tak berapa tahu sangat sebenarnya (lol). Yang aku tahu 新年会 / shinnenkai (Sambutan Tahun Baru), お盆 / obon (Festival Tanglung), dan lain-lain lagi lah. Nak senang korang boleh google jela kot kalau nak kenal kan? Hehe. Ok. Yang aku nak kenalkan sikit harini sebenar-nya bukan festival-festival yang aku mention sebelum ni. Tapi, yang pesak besar tajuk kat atas nun. Kantou Matsuri nama dia.
Masa aku first time datang kat sini dulu, first time aku dengar nama Kantou tu ingatkan Kantou-chihou (関東地方) atau nama salah satu region dalam peta Jepun tu. Dah tiga tahun baru aku kenal kanji sebenar Kantou (竿燈) yang festival ni. Haha. So terus jela kat pengenalan perayaan ni. Kantou Matsuri ni kalau di-translate-kan secara am-nya ialah Pole Lantern Festival. Yang ada banyak banyak tanglung gantung kat atas sebatang buluh, pastu yang diorang junjung atas tangan, kepala, dan sebagainya tu, sambil diiringi paluan paluan gendang dan irama irama balada dari bamboo flute (irama balada tu aku gebang je). Dulu kecik kecik dulu aku pernah jugak la try main junjung-junjung ni, pakai penyapu jela tapi. Huehue.
Haa tediaa satu contoh bagi yang tak dapat tangkap penggunaan bahasa aku tadi.
*********************************************************
Perayaan ni aku tak pasti betul ke tak, tapi rasanya perayaan ni cuma ada kat Akita sahaja kot. Kalau silap mohon maaf. Sebab banyak bas datang dari negeri bawah, sanggup naik atas tu, semata-mata nak tengok perayaan ni. Kalau nak lagi tepat aku sarankan korang google jela. Hehe. Yang aku nak share kat sini sebenarnya gambar gambar je. Huehue.
Yang menarik aku perhati tadi, ada sorang pakcik tu junjung batang buluh tu sampai habis bengkok dah buluh dia. Tunggu masa nak jatuh je. Tapi pakcik tu steady je angkat sambil orang ramai tepuk dan sorak "dokkoisho, dokkoisho" (aku taktau maksud dia). Tapi at last jatuh jugak la tanglung dia tu. Buluh dia patah sebab yela, graviti kan. Cewah. Banyak jugak la buluh patah tahun ni kalau nak banding dengan yang aku tengok tahun lepas. Takpe, yang penting dapat jugak la cuci mata cuci otak sikit dari asyik menghadap buku je, al-maklum, musim final exam kitorang sekarang ni. Ok la. Cukup la kot perkenalkan nama festival ni. Nak tahu lagi lanjut, rajin rajinkan lah tangan anda untuk meng-google. Aku tak berapa pandai sangat susun ayat nak explain kat orang ni. Hehe. Sekian, terus ke gambar yang tak banyak.
*********************************************************
Ni dia buluh tanglung bengkok harom yang aku mention tadi.
*********************************************************
Dan terakhir sekali,
| Marco si Kucing yang acah acah model swimsuit |
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.
4 comments:
acannn ;'D blog baru ehh. pnt nani cari xde pun muka dia haha.jd photographer dah skrnggg. cantik smua gmbar2 :D lg brapa thun kat sna? jgn balik lgii, tgu aku ke sana!
Huehue kakyam. Mekacih datang bertandang.
Yup blog lama dah dikuburkan hahaha.
Muka den ada je terselit kat post2 lain. Huehue. (photographer kerja belakang kamera aje)
Btw aku target lepas grad 2017 nnt nak sambung keje sini insyaAllah kalo ada rezeki.
Ha mai la sempat je nak jadi tourist guide (kot) huehue.
haha.acan dah besaq skrngggg. wah nk keje kat sna.. bgus2. insyaAllah sempatla aku kesana hihi. kita grad thun yg sma. inshaAllah!
Huehue.
Acan yg dulu bukan Acan yg sekarang hokay huehue.
Sila sila. Jemput jemput.
InsyaAllah 2017 hoyeh, bittaufiq wannajah! Cewah :)
Post a Comment