Sunday, July 26, 2015

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015

Venue: International Students House, Akita
Tarikh: 25 Julai 2015
Masa: 1:00PM ~ 5:00PM

   Pertama sekali, tak lupa diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua Muslimin Muslimat. Tau dah hari raya ke-sepuluh, tapi takpe (bak kata Moja). Masih dalam bulan Syawal hehe. So sebab event jamuan hari raya anak anak Malaysia di Akita yang lepas aku tak dapat join. Alhamdulillah kali ni Mr. Cameraman anda dapat join sebab berjaya bangkit tidur awal hari ni. Tahniah diucapkan. (pachi pachi pachi)

   Alhamdulillah event kali ni melibatkan kelompok students dari Malaysia dan juga saudara saudari kita dari negara negara lain, kebanyakannya dari negara jiran kita, Indonesia, Tanzania, Mesir, dan juga turut dijemput kawan kawan Japanese. Tuan rumah kena la ajak ye dok? Hoho. Oh ye ada juga kawan kawan yang datang dari Sendai kalau tak silap. Terima kasih daun keladi sebab datang ye kawan kawan. Nanti kalau ada open house kat sana janganlah segan segan jemput kami juga ye. Eceh. So, total mereka mereka yang join tadi ada la dalam 50 orang lah jugak kot. Kalau salah maafkan saya.

   Juadah juadah Alhamdulillah yummy semuanya sedap belaka. Terutamanya nasi ayam resepi turun temurun abe Irfan and kek blueberry buatan abe Zul kito. Sedap boh. Mi goreng brother Shahab tadi pun sedap jugak bro. Lain kali buatla lagi ye. Hehe. Oh ye. Atas alasan aku busy try banyak makanan tadi, aku tak sempat nak snap gambar makanan. Hahaha. Maaf maaf. Dan, makanan semua tadi khas dimasak dari pelbagai sumber lah. Konklusinya, aku dapat try makanan dari pelbagai negara lah. Susah betul nak susun ayat. Haha. 

   Takde apa yang penting sangat pun kot nak diulas lagi pasal jamuan tadi. Yang penting perut kenyang, semua happy. Happy ending. Sekian aku akhiri report aku kali ini dengan secebis gambar gambar yang berjaya aku snap hari ini. 

**************************************













**************************************

   Apa? Gambar sikit sangat? Takpe, next event kan hado lagi. Yohohoho.
Sekian, Salam Aidilfitri semua. Maaf Zahir Batin.

Assalamualaikum w.b.t.

No comments: