Sunday, July 5, 2015

New Hobby Maybe.

   Sejak layan anime One Piece ni bukan main menjadi-jadi pulak hobi aku. Hehe. Pelik jugak. Kalau dulu time sekolah memang aku tak minat langsung nak ambil tahu pasal anime ni. Sebab banyak sangat pihak yang mendesak (kononnya lah), at last aku tewas. Hahaha.

    Ok, baru baru ni, aku ada beli dalam 5 kotak figura kapal dari anime bersiri One Piece, berpunca dari member aku jugak hehe. Sebab ada discount je aku beli tu, kalau tak ada discount memang tak lah aku nak beli.

   Ok, jom terus usha kapal mana yang aku dah beli, hehe.

****************************************************

(1) Thousand Sunny



(2) Trafalgar Law's Submarine



 (3) Moby Dick



 (4) Going Merry




****************************************************

   And...jeng jeng jeng, ni dia last sekali, tak bukak lagi. Tunggu masa lapang sikit nanti hehe.


   Semua figura ni sebenarnya kalau di-paint-kan lagi lawa rupanya. Tapi, memang banyak pulak la kan masa aku nak bazir kat painting benda benda rumit macam ni kan. Lekat sticker sahaja & bagi detail pun dah menggigil tangan hehe.

   Last but not least, aku pasang figura ni buat isi masa lapang aje. Aku bukan otaku-yang-melampau. Hehe don't worry. Takde kacau pelajaran ke apa pun insyaAllah. Okay. Ijou.

Assalamualaikum w.b.t.

P/s: To Aman, sorry, aku ter-sailang hobi-to-be ko dulu. Hahahaha.

Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan 1436H

Alhamdulillah.
Ramadhan tiba lagi.

Sumber: http://lumenstudet.cempaka.edu.my/

Alhamdulillah juga.
Dah 3 tahun aku sambut Ramadhan di bumi Sakura ni.
Amalan ni taktau dah cukup ke belum.
Yang confirm banyak lagi lubang hitam dalam hati ni nak ditimbus.
Semoga Ramadhan tahun ni bawa barakah, insya-Allah.

P/s: Dugaan puasa di negara orang. Takde bazaar. Subuh masuk awal. Buka puasa esok taktau nak masak apa, silap silap makan sushi aje nanti. Adess.

InsyaAllah ayuh harung segala cabaran.
Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.
Assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, May 5, 2015

Ibaraki Taikai 2015

Venue: Padang Bola Ibaraki University (Hitachi Campus)
Tarikh: 3 Mei 2015
Masa: 10:00AM ~ 6:30PM

   Alhamdulillah lepas harung lebih 500km sepanjang highway, selamat juga sampai hero hero AkitaPadu FC ke Ibaraki. Sesampai di Ibaraki, kami singgah dulu di sebuah pantai (tidak diketahui namanya), untuk bersantai santai dulu sebelum pergi berperang (cewah), maklumlah sampai awal sikit dari estimated arrival time. 





*****************************************************

   Tak perlu rasanya nak di-detail-kan sangat pasal taikai. Rata-rata semua tahu susun atur game. Ok terus ke gambar yang sempat aku snap sepanjang game:-





































*****************************************************

Tak dilupakan juga sedikit snap member member 30th RPKJ:- 










*****************************************************

   Team AkitaPadu FC walaubagaimanapun tewas menerusi sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir (piala bawah) menentang team JAD. Semoga team AkitaPadu FC bakal mengaum semula di Tohoku Taikai yang bakal berlangsung di Estadio Nou Camp Akita bulan Julai nanti, insyaAllah. (nama stadium aku sembang aje)

   Tahniah kepada juara dan tahniah juga kepada semua pasukan yang menghadiri taikai kali ini. Terima kasih daun keladi, insyaAllah tahun depan jumpa lagi.

30th RPKJ in Ibaraki
#AkitaPadu

Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.