Dah menjadi lumrah seorang pelajar, tak kira lah sekolah rendah, menengah atau kolej, setiap pertengahan semester/tahun mesti kena ada paling koman pun satu or dua exam yang kita kena tempuh. Dalam musim exam ni la semua student pulun habis study supaya dapat markah yang cemerlang berbaloi dengan apa yang diusahakan hamboi ayat.
So nak dipendekkan cerita, aku pun tak terlepas la jugak dari belenggu exam yang membelenggu pemikiran aku yang tak berapa bijak ini cewah. Paper exam aku untuk sem ni sebenarnya dah start dua tiga minggu lepas dah pun, tapi sebab pagi esok dan hari jumaat ni pun ada lagi, so masih belum terlambat lah rasanya nak fe-feeling exam ni.
Ha aku share sikit lah exam-mode pack aku pada pagi yang hening sejuk sejat enam degree celcius ini.
************************************************
| Senaskhah nota exam dari kelas |
| Sebatang pensil, pemadam, dan sekeping kertas conteng |
| Sejilid buku teks |
************************************************
Ok lah, aku boring study sebenarnya sekarang ni. So kononnya aku tulis post ni sebab nak rehat kepala otak sekejap lah kot hehe. Yelah sekian post merapik aku dipagi hari ini. Aku nak sambung study semula. Wish me and friends luck.
Assalamualaikum w.b.t.
P/s: Al-fatihah buat pelawak, Allahyarham Pak Yus (Jambu) yang selalu buat aku senyum sorang sorang time boring study exam sem2 lalu, bukak Youtube ulang ulang tengok video lawak beliau dan rakan seangkatannya yang lain. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.
No comments:
Post a Comment