Allahu.
Sedar tak sedar, separuh masa kedua untuk final year aku di bumi Sakura ini bakal bermula lebih kurang seminggu lagi.
Sedar tak sedar, separuh masa kedua untuk final year aku di bumi Sakura ini bakal bermula lebih kurang seminggu lagi.
Para Malaysian students serata universiti-universiti di Jepun ni pun dah mula berangkat pulang semula kemari untuk menyambung semula perjuangan masing-masing yang masih tertangguh ewah puitis nye ayat kau.
Alhamdulillah, untuk separuh masa pertama yang lepas, result exam untuk kelas-kelas yang aku ambil adalah memuaskan hati aku-lah. InsyaAllah, kredit (単位) pun dah cukup untuk graduate, yang tinggal sekarang adalah cabaran final year project (FYP) sahaja untuk ditempuhi.
Bercakap pasal FYP ni, bila aku tengok rakan-rakan seperjuangan final year ni bertungkus-lumus dengan research masing-masing, aku pun jadi tak senang duduk sebab aku ni adalah jenis yang tak berapa boleh sangat nak stay dalam lab lama-lama sebab rimas dengan suasana lab yang sunyi-sepi. Maklumlah, takde geng se-negara mahupun orang luar negara lain ataupun dalam istilah Japanese-nya, gaijin (外人) untuk dibawa berborak. Tapi, dalam lab ni aku still ada dua orang geng Jepun yang stay cool dengan aku sepanjang empat tahun, cuma yang boring-nya diorang ni pun selalu ponteng lab, memang aku pun takde semangat la nak stay dalam lab tu sensorang. Better aku buat kerja kat rumah je, yelah, bak kata sensei aku, programming, buat kat PC rumah sendiri pun boleh.
Semoga untuk semester terakhir merangkap cabaran Boss Stage ini, aku akan jadi lebih rajin ke lab, dan lebih komited dalam research aku, seterusnya berjaya grad dengan jayanya dari Akita University, dan pulang ke tanah tumpah darah, Malaysia dengan segenggam ijazah.
Doa untuk rakan-rakan lain sekali.
Doa untuk rakan-rakan lain sekali.
Ameen Ya Rabbal A'lamin.
| #Throwback belajar Chemistry zaman Second Year 2014 |
Maklumlah, dah nak grad ni takde masa dah nak snap gambar-gambar baru.
Throwback jelah apa gambar yang ada.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.
Assalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment