Selain berfutsal, aku juga giat bermain badminton dibumi Akita ini.
Bolehlah dikatakan aku lagi aktif bermain badminton berbanding sukan-sukan lain kat sini.
Agak sedih jugak lepas ni dah tak boleh nak bersuka-ria sebagai seorang student di gelanggang badminton.
Maybe lepas ni aku akan join shakaijin lain di gelanggang badminton.
Terima jela hakikat umur ni makin meningkat, takkan menurun.
Jadi, untuk post kali ini, aku nak buat appreciation post untuk semua teman seangkatan badminton dibumi Akita ni.
Terima kasih sangat-sangat kat korang yang sudi melayan kerenah aku sepanjang kita bermain badminton bersama-sama, tak kira lah korang student lama ke student baru.
Maaf kalau ada yang tersinggung, atau yang pernah terkena smash kat muka ke, tersungkur tak dapat balas bola net aku ke, atau apa-apa jela yang sewaktu dengannya.
Sangat best dapat bermain disamping belajar skills, trick shots, or whatsoever dengan korang.
Jujur aku sayang korang semua, and harap dapat sparring lagi dengan korang bila-bila ada peluang nanti.
Akhir kata, semoga badminton di Akita takkan terkubur macamtu saja, dan harap korang teruskanlah aktiviti ber-bado petang-petang macam yang kita buat selalu.
Sekian, otsukare !
Sekian, otsukare !
![]() |
| Badminton #Akitapadu |

No comments:
Post a Comment