Al-kisahnya tanggal 31hb Ogos yang lepas, aku dan family-ku telah menempuh perjalanan sejauh 700km dari Johor ke Kelantan pergi-balik.
Niatnya baik, pergi menghantar adik aku memetik bunga ditanah Kelantan.
Alhamdulillah, kini adik aku selamat ditunangkan dengan sekuntum bunga dari Pantai Timur.
"Nasib engkau la dik ooi, pandai-pandai la nak bertolak ansur balik kampung mana dulu nanti."
Dan seperti biasa lah, memandangkan aku beriya sangat keluarkan kamera murahku ini time majlis, aku lah yang jadi mangsa untuk mengesnap gambar-gambar mereka di hari kejadian.
Kah!
Cukuplah dua je gambar.
Orang tua-tua kata kalau bertunang eloknya dirahsiakan.
Tapi ada aku kisah?
Bukan aku yang bertunang pun. Hahahaha ok bye.
Nama kau bunga~ Lima tahun berkenalan~


1 comment:
oh dah lima tahun ke diorang berkenalan?
uuuu~ tahniah~
Post a Comment