Bersempena tibanya penghujung tahun 2021, aku nak ringkaskan aje lah apa peristiwa-peristiwa penting yang dah jadi sepanjang lebih dua tahun aku hilang dari radar blogger. Kah!
Peristiwa 1: 14 Februari 2020
Cik Wifey: Nur Fatimah binti Hassan.
Secara rasminya aku selamat diijab-kabulkan dengan pilihan hati yang comel molek lepas berkenalan lebih tiga tahun bermula dari laman Twitter.
Siapa kata laman medsos ni tak boleh jumpa jodoh?
Boleh woi! Hahahaha.
Makanya yang masih bujang takde calon tu, sila lah rajin-rajin usaha tebalkan muka bertegur sapa dengan yang berkenan dihati.
Tapi nak langgar tu, cari lah yang bujang, atau yang baru heartbroken ke (oops).
Jangan lah pulak cari pasal tegur yang dah berpunya.
Silap diviralkan pulak karang. Haa gitew.
InsyaAllah, aku doakan yang baik-baik pada mereka-mereka yang ada usaha untuk halalkan perhubungan. Ameen!
Peristiwa 2: 21 November 2020
Antara tarikh yang aku tak boleh nak lupakan, sebab teringat-ingat cik wifey aku ni berlari tak ingat dunia dari jamban ke ruang tamu sambil menangis. Hahaha.
Maklumlah, asalnya plan nak ada anak lepas 6 bulan kahwin (fasa manja-manja katanya).
Cukup 6 bulan, kitorang usaha lah nak dapatkan ahli baru.
Tapi cuba punya cuba, tak sangkut-sangkut sampaikan cik wifey ni sedih je dok pikiaq apa masalah.
Aku rileks je sebab prinsip aku, kalau tak ada rezeki, takpe cuba lagi.
Bawak la balik kampung, pergi berurut bagai. Tengok tips kat internet bagai.
Tapi, tak sangkut-sangkut jugak.
Sampai lah satu hari tu, ada sorang kenalan tu share dia dan suami amalkan makan fish oil brand Blackmores.
Kitorang pun cuba lah ikhtiar beli 3 botol, laki bini makan 3 biji sehari.
Dan, hasilnya..tadaa, tu yang berlari cik wifey ni cari aku kat depan.
Alhamdulillah syukur usaha, doa dan ikhtiar kitorang mencapai KPI.
Aku yakin ramai lagi kat luar yang masih tunggu zuriat sendiri.
Kitorang yang baru 9 bulan kahwin belum dapat zuriat pun dah fikir macam-macam apatah lagi yang dah bertahun-tahun kahwin.
Aku doakan semoga yang belum ada rezeki tu akan dikurniakan rezeki setimpal dengan usaha masing-masing. Ameen!
Peristiwa 3: 30 Julai 2021
Putera sulung: Adam Fateh bin Muhammad Asyran.
Tiba hari yang dinanti-nanti, tepat jam 3.24 pagi selepas cik wifey berhempas pulas kerah tenaga, alhamdulillah lahirlah zuriat kitorang.
Sepanjang era Covid-19 ni, aku memang banyakkan doa supaya cik wifey especially, dijauhkan dari wabak ni.
Memang takut sangat, sebab diuar-uarkan dulu kalau terjangkit masa pregnant, terus kena admit dalam wad dan caesar untuk elak kandungan pun terjangkit.
Alhamdulillah, cik wifey sihat-sihat saja sepanjang hamil.
Aku nak cerita panjang pasal kronologi karang takut jadi novel pulak.
So, tutup cerita aje lah.
Akhir kalam, terima kasih cik wifey. I love you.
Welcome Adam Fateh. We love you.
Semalam, Adam Fateh selamat dah masuk 5 bulan.
Comel kan? :)
Cukup sampai sini. Lain kali jumpa lagi. Terima kasih 2021.
No comments:
Post a Comment