Tuesday, April 19, 2016

A View from Port Tower Selion, Akita

Oleh sebab ke-pishang-an di petang hari, aku, Afnan dan Fauzie pergi ke pelabuhan Akita untuk meng-usha sunset.
Walaupun dah nak dekat 4 tahun aku jadi rakyat Akita ni, ni baru first time aku jejak kaki naik menara 'tertinggi' kat Akita ni. Kahkah!
Ok layan gambar.
Zass!

*****************************************************








































*****************************************************

Sekian, laporan ke-pishang-an aku hari ini.
Assalamualaikum w.b.t.

Sunday, February 14, 2016

送別会2016 Akitapadu: Farewell Party

Date: 13 February 2016
Time: 1800-2100
Venue: 秋田県ゆとり生活創造センター

Alhamdulillah.
Syukur kehadrat Ilahi majlis soubetsukai (farewell party) untuk senior-senior tahun keempat pada tahun ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya.
Aku rasa bangga dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan seperjuangan tahun ketiga yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini, maklumlah tahun ini kitorang incharge untuk majlis ini.
Ok cukup baku sampai disitu.

So, hilanglah sudah beban kerisauan takut majlis anjuran kitorg ni tak dapat sambutan meriah oleh para jemputan, terutamanya para senpai.
Alhamdulillah, rata-rata senpai dan kohai, rakan rakan semua boleh dikatakan tak lekang dengan senyuman lah kateko time majlis tadi.
Ini menandakan majlis tadi berjalan dengan lancar la dak ye?
Alhamdulillah.

Semoga para senpai sekalian mencapai kejayaan lah hendaknya dimana jua halatuju para senpai sekalian dimasa hadapan.
Doakan jugalah kami para kohai tahun ketiga ini dan juga para kohai tahun kedua dan seterusnya berjaya seperti para senpai sekalian kelak.
Masih baku nampaknya, maafkan saya.

Ok enough with talk.
Aku nak share sikit gambar bagi seri sikit blog aku yang dah dua bulan berhabuk ini. 
Rolling.

**************************************************



Mastermind:
Abang pres sesi 2016/17: Naufal (Ta)

Para graduan:
Mantan pres: Farhan

Legend Akita: Yazid (Paktam)

Top-scorer Akita: Arif Fadilah (Arfad)

Pirlo Akita: Taufiq (Topek)

Teman photographer: Zulfadhli (Zul)

Pro-gamer: Shamirul (Miyo)

Mr Evo: Fawwaz

Isteri Legend Akita: Azlin

Jiran depan rumah: Nisak

Freestyler: Nasa

Orang kuat batch: Amira

Lone ranger: Sofia

Juadah untuk senpai (by chef serba-boleh Akita: Irfan)














Para bakal graduan Akitapadu 2016


Batch Akitapadu intake 2013 (Akitakusayang)

Famili #Akitapadu 2015/16

**************************************************

Akhir kata, kepada para senpai yang disayangi, 
selamat bergraduasi. Jangan lupa kami nanti.
Semoga berjaya dan selamat berkerjaya.
:D

Assalamualaikum w.b.t.

Monday, December 14, 2015

Tua.

14.12.2015
Alhamdulillah.
Genap umur aku 22 tahun hari ini kalau ikut tahun Masihi.
Kalau ikut tahun Hijriah dah lama lepas dah tapi.
So sejak menjejak umur 20 series ni, aku dah takde berapa feel nak celebrate sgt dah birthday ni.
Cukuplah sebagai peringatan selangkah kearah kematian. (uuu..)
Maklum-lah sekarang ni ramai je yang meninggal dunia usia muda.
Semoga seiring dengan usia yang makin meningkat ni, amalan pun semakin diperbaik. Ameen, insyaAllah.

****************************************

Awh sweetnya Twitter, thanks!

Thanks Google! Hahaha.

****************************************
Ok bye.
Assalamualaikum w.b.t.

Forever alone :p

Tuesday, December 1, 2015

Exam-mode Degozaru.

Salam Disember rakan rakan sekalian.

   Dah menjadi lumrah seorang pelajar, tak kira lah sekolah rendah, menengah atau kolej, setiap pertengahan semester/tahun mesti kena ada paling koman pun satu or dua exam yang kita kena tempuh. Dalam musim exam ni la semua student pulun habis study supaya dapat markah yang cemerlang berbaloi dengan apa yang diusahakan hamboi ayat.
   So nak dipendekkan cerita, aku pun tak terlepas la jugak dari belenggu exam yang membelenggu pemikiran aku yang tak berapa bijak ini cewah. Paper exam aku untuk sem ni sebenarnya dah start dua tiga minggu lepas dah pun, tapi sebab pagi esok dan hari jumaat ni pun ada lagi, so masih belum terlambat lah rasanya nak fe-feeling exam ni.
   Ha aku share sikit lah exam-mode pack aku pada pagi yang hening sejuk sejat enam degree celcius ini.

************************************************

Senaskhah nota exam dari kelas

Sebatang pensil, pemadam, dan sekeping kertas conteng

Sejilid buku teks

 ************************************************

   Ok lah, aku boring study sebenarnya sekarang ni. So kononnya aku tulis post ni sebab nak rehat kepala otak sekejap lah kot hehe. Yelah sekian post merapik aku dipagi hari ini. Aku nak sambung study semula. Wish me and friends luck.

Assalamualaikum w.b.t.

P/s: Al-fatihah buat pelawak, Allahyarham Pak Yus (Jambu) yang selalu buat aku senyum sorang sorang time boring study exam sem2 lalu, bukak Youtube ulang ulang tengok video lawak beliau dan rakan seangkatannya yang lain. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu.