Akibat terlampau bosan dan tak busy, aku mengambil keputusan untuk belajar cara-cara membuat videotime-lapse menggunakan gambar-gambar yang diambil secara statik. Senang je. Tak susah. Alhamdulillah first try aku berhasil, shot gambar pun senang je, ambil dari belakang rumah. Pacak je tripod kat belakang tu, biar kan dia statik, kebetulan pulak tengahari ni pun cuaca cerah, awan cantik, tak hujan seperti yang digembar-gemburkan dalam weather forecast.
Dengan kejayaan ini, aku berhasrat untuk membuat lebih banyak video time-lapse selepas ini dengan menjadikan view sunset, view jamuan, dan lain-lain mungkin.
Ok sekian, laporan bosan versi time-lapse aku pada kali ini.
Usainya bulan Ramadhan bukan alasan untuk kita menggemuk-lemakkan semula badan dan perut kita dengan melantak lemang, rendang, ketupat dan rakan-rakan makanan yang sewaktu dengannya. Walhal bermula daripada bulan ini lah, kita seharusnya mengambil peluang untuk meningkatkan semula komposisi otot dan stamina badan kita setelah sebulan berpuasa dengan beriadah seperti bermain futsal, badminton, dan sebagainya. Cewah.
Takdelah, badan korang ikut suka la kan nak buat apa kan. Aku nak cerita satu benda je sebenarnya. Malam semalam, aku dan geng KakiBolaAkita pergi main futsal kat Futsal Point. Takdelah special mana sangat, cuma semalam kitorang main futsal bukan hari hujung minggu seperti kebiasaan, tapi hari Selasa, sebab ada sorang Professor yang selalu main dengan kitorang dah nak balik ke New Zealand dah hari Khamis ni. Professor Tim namanya. Asal Indonesia, tapi menetap di Auckland, New Zealand. Plus, professor kegemaran Irfan-kun.
Beliau selalu datang mengajar kat Akita University setiap tahun (setengah semester), pastu akan pulang semula ke Auckland untuk mengajar disana atau ditempat lain lah. Dari situ boleh nampaklah masyhur jugak lah Prof. Tim ni sebab banyak mengajar di universiti-universiti lain jugak selain Akita University ni. Tahun depan aku dah balik Malaysia (insyaAllah Ameen), so maybe dah tak jumpa lah kot dengan beliau di bumi Akita ni tahun depan.
Terima kasih Prof. Tim sebab selalu beriadah dengan kitorang. Semoga berjumpa lagi kalau ada peluang. Beliau ni power gila kot. Taraf legend walaupun umur bukanlah umur gila-gila remaja lagi. Semalam berapa bijik gol dia sumbat, tak campur skill lagi tu. Ok lah, takmau taip panjang-panjang lagi. Sekian, salam sukan, salam Akitapadu.
Dek secara tiba-tiba teringatkan lagu-lagu lama aka retro yang pernah didengar zaman sekolah rendah dulu, aku mengambil keputusan untuk berkongsi sikit manalah tau ada yang sekepala dengan aku layan lagu-lagu tertera dibawah sebentar lagi. Zass!
Sekian, empat lagu fevret time zaman sekolah rendah dulu. Iye, semua lagu dari band yang sama, OAG. Tipu la kalau korang tak pernah dengar atau nyanyi lagu-lagu diorang ni masa kecik-kecik dulu. Teringat sanggup datang lambat sekolah agama semata-mata taknak miss tengok lagu diorang ni yang kadang-kadang keluar kat NTV7 petang-petang (tak ingat segmen apa).
Pastu dekat sekolah pulak teringat buku garis satu sekolah rendah dulu banyak jadi buku conteng atlast sebab nak tulis lirik lagu fevret-fevret time kecik kecik ni. Itu belum kira buku conteng lukisan, komik, etc. lagi (yang ni kita bukak cerita lain nanti lah eh). Pastu masa nak tangkap dan tulis lirik lagu diorang ni bukan senang woi, lirik dia pelik-pelik semua. Tak tercapai dek akalku kadang-kadang betapa saintifiknya penggunaan bahasa diorang. Haha. Zaman sekarang lainla, search internet, copy, paste, setel. Dulu, kalau aku la, dengar je lagu tu keluar kat radio, pap, time tula keluar terus buku 555 yang beli 30 sen (kalau tak silap) kat kedai mamak, hah, tulis apa yang termampu. Kalau tak sempat tunggu lah next time lagu tu keluar lagi kat mana-mana.
Macam tu sekalilah banyak nya waktu lapang time kecik-kecik dulu.
Berkat dari ukhwah para Muslimin Muslimat Akita berbilang bangsa, kaum, dan negara yang bertambah padu, bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2016 ini, sebuah jamuan besar-besaran telah dianjurkan demi meraikan hari kemenangan bagi umat Islam ini. Ok rasanya boleh abaikan ayat aku yang panjang lebar. Almaklum post waktu lepas Subuh awal pagi, kepala puyeng sikit. Terus zass kepada gambar.
Sekian, sedikit sebanyak input dari jamuan kali ini ialah kitorang dapat berkenal-kenalan dengan masakan dari negara-negara lain seperti Indonesia, dan lain-lain selain mengeratkan perpaduan sesama saudara se-Muslim disini. Terima kasih kepada diri sendiri dan para chef yang sudi menyediakan pelbagai juadah yang enak-enak tadi. Maaf jugak kalau terbazir ke, tak habis makan ke, tak sentuh makanan korang ke, atau lain-lain-lah. Apa-apapun, semoga raya tahun depan pun boleh buat macamni lagi. Eh tapi tahun depan aku dah beraya dekat Malaysia dah. Ohyeah :D
Eid Mubarak! Minal aidzin walfa'ídzin.
Semoga kalau ada salah silap tutur kata, tercaci maki, terkutuk mengata, tikam belakang, dan sebagainya, harap diampuni dan dimaafi segala khilafku ini.
Sempena final year(insyaAllah) menyambut Aidilfitri di bumi Akita, Jepun ni, aku mengambil keputusan untuk ulung-ulung kalinya bergambar dihadapan mercu tanda Akita University ni berseorang diri. Ewah.
Semoga tahun akhir ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang cacat cela. Ameen ya rabbal 'alamin.