Usainya bulan Ramadhan bukan alasan untuk kita menggemuk-lemakkan semula badan dan perut kita dengan melantak lemang, rendang, ketupat dan rakan-rakan makanan yang sewaktu dengannya. Walhal bermula daripada bulan ini lah, kita seharusnya mengambil peluang untuk meningkatkan semula komposisi otot dan stamina badan kita setelah sebulan berpuasa dengan beriadah seperti bermain futsal, badminton, dan sebagainya. Cewah.
Takdelah, badan korang ikut suka la kan nak buat apa kan. Aku nak cerita satu benda je sebenarnya. Malam semalam, aku dan geng KakiBolaAkita pergi main futsal kat Futsal Point. Takdelah special mana sangat, cuma semalam kitorang main futsal bukan hari hujung minggu seperti kebiasaan, tapi hari Selasa, sebab ada sorang Professor yang selalu main dengan kitorang dah nak balik ke New Zealand dah hari Khamis ni. Professor Tim namanya. Asal Indonesia, tapi menetap di Auckland, New Zealand. Plus, professor kegemaran Irfan-kun.
Beliau selalu datang mengajar kat Akita University setiap tahun (setengah semester), pastu akan pulang semula ke Auckland untuk mengajar disana atau ditempat lain lah. Dari situ boleh nampaklah masyhur jugak lah Prof. Tim ni sebab banyak mengajar di universiti-universiti lain jugak selain Akita University ni. Tahun depan aku dah balik Malaysia (insyaAllah Ameen), so maybe dah tak jumpa lah kot dengan beliau di bumi Akita ni tahun depan.

Terima kasih Prof. Tim sebab selalu beriadah dengan kitorang. Semoga berjumpa lagi kalau ada peluang. Beliau ni power gila kot. Taraf legend walaupun umur bukanlah umur gila-gila remaja lagi. Semalam berapa bijik gol dia sumbat, tak campur skill lagi tu. Ok lah, takmau taip panjang-panjang lagi. Sekian, salam sukan, salam Akitapadu.
*****************************************************************
| Prof. Tim (berdiri; empat dari kanan) |
*****************************************************************
Assalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment