Monday, July 18, 2016

Abang-Abang Akita Ber-doraibu (ドライブ)

Bersempena 海の日 (Hari Laut) hari ini, aku dan beberapa bujang Akita saja-saja turun padang dengan kereta ke bandar Nikaho, juga masih terletak dalam negeri Akita. Oleh sebab cuaca yang tak berapa mengizinkan, lately asyik hujan je, trip abang-abang Akita yang sepatutnya ke pantai Shimohama hari ini ditukar kepada trip berjalan-jalan ataupun dalam istilah kitorang, doraibu (ドライブ), naik tanah tinggi Nikaho (仁賀保高原). Nasib baik hari ini tak hujan, mendung je, so takde masalah lah kalau saja-saja nak hilangkan boring melekat je dekat bandar Akita yang kebanyakan tempatnya sudah ditakluk kami, Malaysian students.

Perjalanan dari Akita→Nikaho tak lama sangat. Ambil masa dalam 1 jam 30 minit je dengan kereta. Jarak lebih kurang 70km jugak lah kot.

Oleh sebab cuaca yang mendung dan suram juga, bakat photography (cewah) aku tak berapa dapat nak ditonjolkan juga lah hari ini. Maybe next time la kot. By the way, Nikaho Highland ni lawa jugak lah tempat dia. Aku last pergi tempat ni dulu masa aku first-year kat sini. Senpai bawak kitorang jalan-jalan kat sini time hari raya Aidilfitri dulu. Gambar tempat tu boleh tengok kat bawah ni.

仁賀保高原 (Nikaho Highland)
**gambar ihsan Google

Malangnya, harini cuaca mendung, semua kincir angin tu harini diselubungi kabus atau awan tebal, so aku jadi tak berapa berminat nak shoot gambar tempat tu dengan sendiri harini. Maybe next time kalau ada chance pergi ke sana lagi, aku akan try shoot la kot gambar secantik gambar curik dari Google diatas ni.

So, sebagai wrap untuk post trip Abang-Abang Akita kali ini, aku ada jugak lah shot beberapa gambar time kitorang on the way nak ke Nikaho Highland ni. Kitorang berhenti rehat dekat R&R Kisakata je tadi, ada jugak lah jumpa superhero Akita buat show kat sana tadi. Yes, Akita ada superhero dia tersendiri. Nama dia Neigaa (ネイガー). Boleh google kalau tak percaya. Ok lah, cukup setakat disini. Semoga trip kalini boleh ditambah baik lagi untuk trip akan datang. Maybe untuk next aktiviti BBQ Akita boleh buat kot dekat sini kalau cuaca baik. 

*****************************************************************













*****************************************************************

Sekian laporan pishang versi trip pendek aku pada kali ini.
Assalamualaikum w.b.t.

No comments: