Salah satu cabaran apabila menetap di negara empat musim ni ialah perlunya sifat kental dan tabah dalam mengharungi kesemua musim ini yang terdiri daripada musim bunga, panas, luruh, dan sejuk.
Antara keempat-empat musim ini, musim yang paling aku suka ialah musim sejuk, sebab boleh main snowboard, dan tak perlu mandi setiap hari (hehehe), dan musim yang paling aku kurang gemar ialah musim panas.
Yes. Sekarang Jepun sedang berada dalam fasa musim panas yang boleh dikatakan panas klimaks jugak lah kot. Bila pasang kipas pun, output nya bukan angin sejuk, tapi angin panas. Nak buka air-cond takut membazir bil elektrik pulak nanti, maklumlah tinggal rumah berdua, air-cond kat bilik aku je, bilik sebelah takde. Takmau la mencabuli hak asasi tinggal berdua ni ewah. Nak dijadikan cerita, panas Jepun ni tak berapa sama dengan panas Malaysia tau. Aku baru lepas mandi air sejuk tadi, keluar bilik mandi je tak sampai 10 minit melekit balik dah badan. Bahang dia subhanallah, Tuhan saja yang tahu. Sebab tu ada kes setiap tahun orang Jepun terkorban akibat cuaca yang terlampau panas ketika musim summer ni, wallahua'lam.
Mungkin sebab dah terbiasa dengan cuaca suam-suam sejuk Jepun, sel-sel badan aku bertindak-balas dengan agresifnya apabila masuk sahaja musim panas ewah. Apa-apa pun lepas balik ke tanahair nanti, sudah pastinya aku akan merindui musim panas Jepun ini. Ok lah. Tak ada apa sangat pun nak di-update. Aku tengah study ni untuk final exam. Hari Isnin, Rabu, dan Jumaat ni aku ada paper lagi. InsyaAllah yang terakhir untuk zaman persekolahan ni. Semoga dipermudahkan segala urusan abang-abang, kakak-kakak, adik-adik yang sedang dalam musim peperiksaan ini. Ameen.
| Genap 4 bulan Marco pergi meninggalkan warga Akitapadu. Al-fatihah. |
Sekian.
Selamat maju jaya semua.
Assalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment