Wednesday, February 22, 2017

Day 905

Do whatever you want to as long as it doesn't hurt others.
人に迷惑をかけない限り好き勝手な事やって生きていい。


Sunday, February 12, 2017

Degree No More

Melangkah keluar alam degree dengan bergaya.
Adios student life, bienvenido adult life.
:)

The Original Four (2013-2017)

Monday, September 26, 2016

Boss Stage

Allahu.
Sedar tak sedar, separuh masa kedua untuk final year aku di bumi Sakura ini bakal bermula lebih kurang seminggu lagi.
Para Malaysian students serata universiti-universiti di Jepun ni pun dah mula berangkat pulang semula kemari untuk menyambung semula perjuangan masing-masing yang masih tertangguh ewah puitis nye ayat kau.

Alhamdulillah, untuk separuh masa pertama yang lepas, result exam untuk kelas-kelas yang aku ambil adalah memuaskan hati aku-lah. InsyaAllah, kredit (単位) pun dah cukup untuk graduate, yang tinggal sekarang adalah cabaran final year project (FYP) sahaja untuk ditempuhi.

Bercakap pasal FYP ni, bila aku tengok rakan-rakan seperjuangan final year ni bertungkus-lumus dengan research masing-masing, aku pun jadi tak senang duduk sebab aku ni adalah jenis yang tak berapa boleh sangat nak stay dalam lab lama-lama sebab rimas dengan suasana lab yang sunyi-sepi. Maklumlah, takde geng se-negara mahupun orang luar negara lain ataupun dalam istilah Japanese-nya, gaijin (外人) untuk dibawa berborak. Tapi, dalam lab ni aku still ada dua orang geng Jepun yang stay cool dengan aku sepanjang empat tahun, cuma yang boring-nya diorang ni pun selalu ponteng lab, memang aku pun takde semangat la nak stay dalam lab tu sensorang. Better aku buat kerja kat rumah je, yelah, bak kata sensei aku, programming, buat kat PC rumah sendiri pun boleh.

Semoga untuk semester terakhir merangkap cabaran Boss Stage ini, aku akan jadi lebih rajin ke lab, dan lebih komited dalam research aku, seterusnya berjaya grad dengan jayanya dari Akita University, dan pulang ke tanah tumpah darah, Malaysia dengan segenggam ijazah.
Doa untuk rakan-rakan lain sekali.
Ameen Ya Rabbal A'lamin.

#Throwback belajar Chemistry zaman Second Year 2014

Maklumlah, dah nak grad ni takde masa dah nak snap gambar-gambar baru.
Throwback jelah apa gambar yang ada.

Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.

Monday, September 12, 2016

Sepetang di Nikaho, Akita

Alhamdulillah.
Second attempt doraibu ke Nikaho kali ini, aku berjaya la kot shot gambar yang lagi okay berbanding haritu. Hehe.
Malas nak cakap panjang, tengok sendiri jela hasil dibawah.

Ah, otsukare rakan-rakan yang menjayakan doraibu kali ini.
Dan selamat hari raya Aidiladha diucapkan pada semua muslimin muslimat.

**************************************************




**************************************************

Assalamualaikum w.b.t.

Tuesday, August 9, 2016

Selamat Bercuti Musim Panas

Cuti musim panas tiba lagi! 

Alhamdulillah segala exam berjaya ditempur dengan jayanya. Semoga para sensei baik hati bagi markah tinggi sikit berbaloi dengan usaha yang telah aku tafsirkan dalam kertas-kertas ujian haritu cewah. Kepada mereka-mereka yang masih ada paper lagi tu, good luck. Jangan mengalah sebelum berjuang. Bila dah habis jawab tu, tawakkal je. InsyaAllah, Dia tahu apa yang terbaik.

So, sekarang untuk plan cuti musim panas kali ini, aku belum plan apa-apa lagi, sebab kali ini aku tak balik Malaysia. Kalau tahun-tahun lepas, aku balik la sebab nak rasa beraya dalam bulan Syawal di samping famili. Kali ini sebab Syawal pun dah habis, aku ambil keputusan spend time kat sini jela. Sambil-sambil buat part-time work, kumpul duit la kan. Maklumlah nak balik Malaysia tahun depan nanti nak pakai duit lagi.

Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu hujung minggu ni, nak pergi mandi air terjun. Sodap wei mandi sejuk-sejuk time panas-panas cenggini! 

Ok puas meroyan. Good luck sekali lagi pada yang belum habis exam, dan selamat bercuti musim panas dari aku, sang penulis blog.

#Throwback Akita Marine Park

Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.