Friday, December 31, 2021

Peristiwa Sepanjang Hiatus

Bersempena tibanya penghujung tahun 2021, aku nak ringkaskan aje lah apa peristiwa-peristiwa penting yang dah jadi sepanjang lebih dua tahun aku hilang dari radar blogger. Kah!
 
Peristiwa 1: 14 Februari 2020
Cik Wifey: Nur Fatimah binti Hassan.
Secara rasminya aku selamat diijab-kabulkan dengan pilihan hati yang comel molek lepas berkenalan lebih tiga tahun bermula dari laman Twitter.
Siapa kata laman medsos ni tak boleh jumpa jodoh?
Boleh woi! Hahahaha.
Makanya yang masih bujang takde calon tu, sila lah rajin-rajin usaha tebalkan muka bertegur sapa dengan yang berkenan dihati.
Tapi nak langgar tu, cari lah yang bujang, atau yang baru heartbroken ke (oops).
Jangan lah pulak cari pasal tegur yang dah berpunya.
Silap diviralkan pulak karang. Haa gitew.
InsyaAllah, aku doakan yang baik-baik pada mereka-mereka yang ada usaha untuk halalkan perhubungan. Ameen!

Peristiwa 2: 21 November 2020
Antara tarikh yang aku tak boleh nak lupakan, sebab teringat-ingat cik wifey aku ni berlari tak ingat dunia dari jamban ke ruang tamu sambil menangis. Hahaha.
Maklumlah, asalnya plan nak ada anak lepas 6 bulan kahwin (fasa manja-manja katanya).
    Cukup 6 bulan, kitorang usaha lah nak dapatkan ahli baru.
Tapi cuba punya cuba, tak sangkut-sangkut sampaikan cik wifey ni sedih je dok pikiaq apa masalah.
Aku rileks je sebab prinsip aku, kalau tak ada rezeki, takpe cuba lagi.
Bawak la balik kampung, pergi berurut bagai. Tengok tips kat internet bagai.
Tapi, tak sangkut-sangkut jugak.
Sampai lah satu hari tu, ada sorang kenalan tu share dia dan suami amalkan makan fish oil brand Blackmores.
Kitorang pun cuba lah ikhtiar beli 3 botol, laki bini makan 3 biji sehari.
Dan, hasilnya..tadaa, tu yang berlari cik wifey ni cari aku kat depan.
Alhamdulillah syukur usaha, doa dan ikhtiar kitorang mencapai KPI.
Aku yakin ramai lagi kat luar yang masih tunggu zuriat sendiri.
Kitorang yang baru 9 bulan kahwin belum dapat zuriat pun dah fikir macam-macam apatah lagi yang dah bertahun-tahun kahwin.
Aku doakan semoga yang belum ada rezeki tu akan dikurniakan rezeki setimpal dengan usaha masing-masing. Ameen!

Peristiwa 3: 30 Julai 2021
Putera sulung: Adam Fateh bin Muhammad Asyran.
Tiba hari yang dinanti-nanti, tepat jam 3.24 pagi selepas cik wifey berhempas pulas kerah tenaga, alhamdulillah lahirlah zuriat kitorang.
Sepanjang era Covid-19 ni, aku memang banyakkan doa supaya cik wifey especially, dijauhkan dari wabak ni.
Memang takut sangat, sebab diuar-uarkan dulu kalau terjangkit masa pregnant, terus kena admit dalam wad dan caesar untuk elak kandungan pun terjangkit.
Alhamdulillah, cik wifey sihat-sihat saja sepanjang hamil.
Aku nak cerita panjang pasal kronologi karang takut jadi novel pulak.
So, tutup cerita aje lah.
Akhir kalam, terima kasih cik wifey. I love you.
Welcome Adam Fateh. We love you.

Semalam, Adam Fateh selamat dah masuk 5 bulan.
Comel kan? :)
Cukup sampai sini. Lain kali jumpa lagi. Terima kasih 2021.

Wednesday, December 29, 2021

Bismillah.

Bismillah.
Cobaan suara... cobaan suara...

Alhamdulillah!
Setelah sekian lama berperang dengan password account Yahoo! dan Gmail.
Berjaya jugak jari-jemari aku menari-nari atas keypad untuk menaip semula dalam blog yang dah bersawang lebih dua tahun ni.

Insya-Allah, aku cuba cari masa lagi next time untuk update dalam blog.
Banyak benda dah jadi sepanjang dua tahun ni. Hahaha!

Stay tuned!

Tuesday, September 3, 2019

Bakal Adik Iparku Oghe Kelate?

Al-kisahnya tanggal 31hb Ogos yang lepas, aku dan family-ku telah menempuh perjalanan sejauh 700km dari Johor ke Kelantan pergi-balik.
Niatnya baik, pergi menghantar adik aku memetik bunga ditanah Kelantan.
Alhamdulillah, kini adik aku selamat ditunangkan dengan sekuntum bunga dari Pantai Timur.

"Nasib engkau la dik ooi, pandai-pandai la nak bertolak ansur balik kampung mana dulu nanti."

Dan seperti biasa lah, memandangkan aku beriya sangat keluarkan kamera murahku ini time majlis, aku lah yang jadi mangsa untuk mengesnap gambar-gambar mereka di hari kejadian.
Kah!



Cukuplah dua je gambar.
Orang tua-tua kata kalau bertunang eloknya dirahsiakan.
Tapi ada aku kisah?
Bukan aku yang bertunang pun. Hahahaha ok bye.

Nama kau bunga~ Lima tahun berkenalan~

Sunday, February 25, 2018

Konvoi Ekspedisi Gunung Lambak

Alhamdulillah, Sabtu lepas aku dan geng kilang berhasil menjayakan satu aktiviti luar kilang iaitu konvoi mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor.
Walaupun konvoi motor kami dibasahi hujan rahmat sepanjang hari, namun tiada apa-apa rintangan yang bisa menghalang hasrat murni kami untuk menawan puncak Gunung Lambak dengan jayanya, gitew.
Oleh sebab agak lama jugak aku tak beriadah, haa terima la padahnya betis keras esok harinya, even sebelum dan selepas kau dah warm-up/stretching/cool-down dan yang sewaktu dengannya (haha!).
But, it's okay. We learn from experience.
Apa-apa pun geng kilang sangat sporting.
Atas jalanraya/highway, semua takmau kalah.
Full throttle jentera motor masing-masing (ohyeah).
Anyway, senyum jela tunggu tok ketua plan ekspedisi seterusnya.
Adios.




P/s: I'm sexy and I know it.

Friday, January 26, 2018

New Year, New Dream

Sedar tak sedar, dah masuk 8 bulan aku menjadi seorang shakaijin.
Masih sempat lagi rasanya untuk aku ucapkan Happy New Year 2018.
Semoga tahun baru ini lebih bermakna dari tahun-tahun sudah.

Dah lama aku tak menaip, so agak kekok rasanya aiseymen (tepuk dahi)
Blog ni aku bukak je tiap minggu, tapi sekarang ni aku kekurangan masa untuk ber-fotografi.
Apa kaitannya?
Takde foto, takde lah new post.

Kebetulan minggu lepas, aku sempat snap beberapa foto.
So, hari ini sempena Tahun Baru aku rajinkan lah diri untuk menaip.
Ok lah.
Semoga semua impian yang dicita-citakan untuk tahun baru ini akan menjadi kenyataan.
Aku pun dah makin berumur, tahun ni dah nak masuk 25 dah.
Aku pun ada impian aku, korang pun ada impian korang.
Aku doakan semua berjaya capai impian masing-masing,
walau apa pun impian tersebut.
Usah dikenang kenangan lampau, kerana pahit akan terasa manis jua akhirnya.
Cewah.

Ok ciao.
Assalamualaikum.


Impian saya adalah untuk membina masjid bersama awak, chia chia chia. Kbai

P/s: Maaf, lama tak main Lr, skill pun dah rusty.