Monday, January 3, 2022

Tahun Baru, Resolusi Baru

 Selamat Tahun Baru 2022!

Semoga tahun ini kita semua dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagiaan, bebas dari segala wabak.

Tahun baru ni aku ada beberapa target untuk di-accomplish-kan:
1) Pindah masuk rumah baru.
2) Beli kereta yang lebih besar sesuai kegunaan keluarga.
3) Cemerlang dalam kerja → Naik gaji, insyaAllah.
4) Turun berat badan. Kah!

Ok, cukup 4 target dulu.
Kita tengok macamana pergi dia penggal pertama karang.

Friday, December 31, 2021

Peristiwa Sepanjang Hiatus

Bersempena tibanya penghujung tahun 2021, aku nak ringkaskan aje lah apa peristiwa-peristiwa penting yang dah jadi sepanjang lebih dua tahun aku hilang dari radar blogger. Kah!
 
Peristiwa 1: 14 Februari 2020
Cik Wifey: Nur Fatimah binti Hassan.
Secara rasminya aku selamat diijab-kabulkan dengan pilihan hati yang comel molek lepas berkenalan lebih tiga tahun bermula dari laman Twitter.
Siapa kata laman medsos ni tak boleh jumpa jodoh?
Boleh woi! Hahahaha.
Makanya yang masih bujang takde calon tu, sila lah rajin-rajin usaha tebalkan muka bertegur sapa dengan yang berkenan dihati.
Tapi nak langgar tu, cari lah yang bujang, atau yang baru heartbroken ke (oops).
Jangan lah pulak cari pasal tegur yang dah berpunya.
Silap diviralkan pulak karang. Haa gitew.
InsyaAllah, aku doakan yang baik-baik pada mereka-mereka yang ada usaha untuk halalkan perhubungan. Ameen!

Peristiwa 2: 21 November 2020
Antara tarikh yang aku tak boleh nak lupakan, sebab teringat-ingat cik wifey aku ni berlari tak ingat dunia dari jamban ke ruang tamu sambil menangis. Hahaha.
Maklumlah, asalnya plan nak ada anak lepas 6 bulan kahwin (fasa manja-manja katanya).
    Cukup 6 bulan, kitorang usaha lah nak dapatkan ahli baru.
Tapi cuba punya cuba, tak sangkut-sangkut sampaikan cik wifey ni sedih je dok pikiaq apa masalah.
Aku rileks je sebab prinsip aku, kalau tak ada rezeki, takpe cuba lagi.
Bawak la balik kampung, pergi berurut bagai. Tengok tips kat internet bagai.
Tapi, tak sangkut-sangkut jugak.
Sampai lah satu hari tu, ada sorang kenalan tu share dia dan suami amalkan makan fish oil brand Blackmores.
Kitorang pun cuba lah ikhtiar beli 3 botol, laki bini makan 3 biji sehari.
Dan, hasilnya..tadaa, tu yang berlari cik wifey ni cari aku kat depan.
Alhamdulillah syukur usaha, doa dan ikhtiar kitorang mencapai KPI.
Aku yakin ramai lagi kat luar yang masih tunggu zuriat sendiri.
Kitorang yang baru 9 bulan kahwin belum dapat zuriat pun dah fikir macam-macam apatah lagi yang dah bertahun-tahun kahwin.
Aku doakan semoga yang belum ada rezeki tu akan dikurniakan rezeki setimpal dengan usaha masing-masing. Ameen!

Peristiwa 3: 30 Julai 2021
Putera sulung: Adam Fateh bin Muhammad Asyran.
Tiba hari yang dinanti-nanti, tepat jam 3.24 pagi selepas cik wifey berhempas pulas kerah tenaga, alhamdulillah lahirlah zuriat kitorang.
Sepanjang era Covid-19 ni, aku memang banyakkan doa supaya cik wifey especially, dijauhkan dari wabak ni.
Memang takut sangat, sebab diuar-uarkan dulu kalau terjangkit masa pregnant, terus kena admit dalam wad dan caesar untuk elak kandungan pun terjangkit.
Alhamdulillah, cik wifey sihat-sihat saja sepanjang hamil.
Aku nak cerita panjang pasal kronologi karang takut jadi novel pulak.
So, tutup cerita aje lah.
Akhir kalam, terima kasih cik wifey. I love you.
Welcome Adam Fateh. We love you.

Semalam, Adam Fateh selamat dah masuk 5 bulan.
Comel kan? :)
Cukup sampai sini. Lain kali jumpa lagi. Terima kasih 2021.

Wednesday, December 29, 2021

Bismillah.

Bismillah.
Cobaan suara... cobaan suara...

Alhamdulillah!
Setelah sekian lama berperang dengan password account Yahoo! dan Gmail.
Berjaya jugak jari-jemari aku menari-nari atas keypad untuk menaip semula dalam blog yang dah bersawang lebih dua tahun ni.

Insya-Allah, aku cuba cari masa lagi next time untuk update dalam blog.
Banyak benda dah jadi sepanjang dua tahun ni. Hahaha!

Stay tuned!

Tuesday, September 3, 2019

Bakal Adik Iparku Oghe Kelate?

Al-kisahnya tanggal 31hb Ogos yang lepas, aku dan family-ku telah menempuh perjalanan sejauh 700km dari Johor ke Kelantan pergi-balik.
Niatnya baik, pergi menghantar adik aku memetik bunga ditanah Kelantan.
Alhamdulillah, kini adik aku selamat ditunangkan dengan sekuntum bunga dari Pantai Timur.

"Nasib engkau la dik ooi, pandai-pandai la nak bertolak ansur balik kampung mana dulu nanti."

Dan seperti biasa lah, memandangkan aku beriya sangat keluarkan kamera murahku ini time majlis, aku lah yang jadi mangsa untuk mengesnap gambar-gambar mereka di hari kejadian.
Kah!



Cukuplah dua je gambar.
Orang tua-tua kata kalau bertunang eloknya dirahsiakan.
Tapi ada aku kisah?
Bukan aku yang bertunang pun. Hahahaha ok bye.

Nama kau bunga~ Lima tahun berkenalan~

Sunday, February 25, 2018

Konvoi Ekspedisi Gunung Lambak

Alhamdulillah, Sabtu lepas aku dan geng kilang berhasil menjayakan satu aktiviti luar kilang iaitu konvoi mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor.
Walaupun konvoi motor kami dibasahi hujan rahmat sepanjang hari, namun tiada apa-apa rintangan yang bisa menghalang hasrat murni kami untuk menawan puncak Gunung Lambak dengan jayanya, gitew.
Oleh sebab agak lama jugak aku tak beriadah, haa terima la padahnya betis keras esok harinya, even sebelum dan selepas kau dah warm-up/stretching/cool-down dan yang sewaktu dengannya (haha!).
But, it's okay. We learn from experience.
Apa-apa pun geng kilang sangat sporting.
Atas jalanraya/highway, semua takmau kalah.
Full throttle jentera motor masing-masing (ohyeah).
Anyway, senyum jela tunggu tok ketua plan ekspedisi seterusnya.
Adios.




P/s: I'm sexy and I know it.

Friday, January 26, 2018

New Year, New Dream

Sedar tak sedar, dah masuk 8 bulan aku menjadi seorang shakaijin.
Masih sempat lagi rasanya untuk aku ucapkan Happy New Year 2018.
Semoga tahun baru ini lebih bermakna dari tahun-tahun sudah.

Dah lama aku tak menaip, so agak kekok rasanya aiseymen (tepuk dahi)
Blog ni aku bukak je tiap minggu, tapi sekarang ni aku kekurangan masa untuk ber-fotografi.
Apa kaitannya?
Takde foto, takde lah new post.

Kebetulan minggu lepas, aku sempat snap beberapa foto.
So, hari ini sempena Tahun Baru aku rajinkan lah diri untuk menaip.
Ok lah.
Semoga semua impian yang dicita-citakan untuk tahun baru ini akan menjadi kenyataan.
Aku pun dah makin berumur, tahun ni dah nak masuk 25 dah.
Aku pun ada impian aku, korang pun ada impian korang.
Aku doakan semua berjaya capai impian masing-masing,
walau apa pun impian tersebut.
Usah dikenang kenangan lampau, kerana pahit akan terasa manis jua akhirnya.
Cewah.

Ok ciao.
Assalamualaikum.


Impian saya adalah untuk membina masjid bersama awak, chia chia chia. Kbai

P/s: Maaf, lama tak main Lr, skill pun dah rusty.

Tuesday, May 30, 2017

Shakaijin 社会人

Alkisah lepas test beberapa temuduga kerja, akhirnya aku berjaya ditempatkan di sebuah company swasta di JB sebagai kickstart aku kepada alam pekerjaan.
InsyaAllah kalau takde aral melintang, awal minggu depan aku start kerja.
Maka dengan ini rasmilah permulaan hidup baru sebagai seorang shakaijin, atau dalam bahasa Melayu-nya pekerja makan gaji.
Aktiviti blogging pun akan diminimakan berikutan kemungkinan takde masa untuk update.
Jumpa lagi di lain kali.
Doakan aku.
Sekian.


Salam Ramadhan Al-Mubarak :)

Friday, April 14, 2017

Brotherhood

Thank you guys sudi hantar aku kat eki sebelum aku gerak ke Tokyo.
Jumpa lagi bila-bila ada peluang, jujur aku sayang korang semua.
Yang takde dalam gambar pun aku sayang gak, jangan risau hehe.
Gerak lu, pape roger !
#Akitapadu #bloodbrothers

Wahyu, budak masuk air

Irfan, cina bukit

Chen & Koudai, geng IT

Megat & Bali, housemate seminggu

Ji, Bear, Alem & Amir, otai baru Akita

Megat, CR, Fadhli & Bali, budak second year

Bloodbrothers #Akitapadu

Wednesday, April 12, 2017

Final Badminton In Akita

Selain berfutsal, aku juga giat bermain badminton dibumi Akita ini.
Bolehlah dikatakan aku lagi aktif bermain badminton berbanding sukan-sukan lain kat sini.
Agak sedih jugak lepas ni dah tak boleh nak bersuka-ria sebagai seorang student di gelanggang badminton.
Maybe lepas ni aku akan join shakaijin lain di gelanggang badminton.
Terima jela hakikat umur ni makin meningkat, takkan menurun.

Jadi, untuk post kali ini, aku nak buat appreciation post untuk semua teman seangkatan badminton dibumi Akita ni.
Terima kasih sangat-sangat kat korang yang sudi melayan kerenah aku sepanjang kita bermain badminton bersama-sama, tak kira lah korang student lama ke student baru.
Maaf kalau ada yang tersinggung, atau yang pernah terkena smash kat muka ke, tersungkur tak dapat balas bola net aku ke, atau apa-apa jela yang sewaktu dengannya.
Sangat best dapat bermain disamping belajar skills, trick shots, or whatsoever dengan korang.
Jujur aku sayang korang semua, and harap dapat sparring lagi dengan korang bila-bila ada peluang nanti.

Akhir kata, semoga badminton di Akita takkan terkubur macamtu saja, dan harap korang teruskanlah aktiviti ber-bado petang-petang macam yang kita buat selalu.
Sekian, otsukare !

Badminton #Akitapadu

Sunday, April 9, 2017

Final Futsal In Akita

Badan sihat otak cerdas.
Jadi seorang penganggur sementara dibumi Akita ni bukanlah tiket untuk aku tidak beriadah mengumpul lemak dirumah.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tak berfutsal dengan jejaka-jejaka tampan Akita ni, akhirnya malam semalam gian untuk menyumbat gol terubat jua dengan beberapa gol cantik disamping gameplay yang tak kurang hebatnya.
Terima kasih guys. Korang memang best. Harap dapat berfutsal dengan korang lagi bila-bila ada masa terluang nanti, insyaAllah.
Gokurou !

Team #Akitapadu

Friday, April 7, 2017

Day 1049

With the new day, comes a brand new strength and thoughts.
Life must go on, there's no need to look back on negative memories.


Saturday, April 1, 2017

Sate-day

Member batch yang lain semua dah balik dah, kecuali yang sambung Master.
So, tinggal-lah aku seorang diri di bumi Akita menunggu hari terbang pulang ke Malaysia.
Cewah syahdu.
Tengah-tengah sunyi ni dijemput pulak oleh warga Akita sesi 2017/18 ni untuk join BBQ sate dengan diorang.
Orang dah jemput, kita pun join jelah kan.
Takkan nak tolak rezeki mendatang.
So, alhamdulillah event berjalan dengan lancar, cuaca pun cerah je tak hujan tak mendung tak berapa terik.
Malangnya gambar sate aku tak dapat nak snap sebab terlupa nak bawak kamera.
 So, gambar shuugou tu pun cukup la kot nak bagi seri untuk post kali ni.
Sekian, otsukaresamadeshita !

Famili Akitapadu 2017/18 + aku yang veteran

Friday, March 31, 2017

さらば友よ: Sending Off Friends 2017.03.30

Selamat jalan dan selamat sampai ke Borneo saudara Khaleek.
Jumpa lagi kalau umur panjang.
Jom sparring lagi badminton bila-bila ko datang Semenanjung ye.
#bloodbrothers

Khaleek (empat dari kiri)

Saturday, March 25, 2017

さらば友よ: Sending Off Friends 2017.03.24

Dalam menghitung hari-hari yang tersisa di Akita ini, kesunyian itu makin terasa bila menghantar kawan-kawan kita terlebih dahulu ke bus station untuk berlepas ke Tokyo sebelum terbang pulang ke Malaysia.
Selamat jalan diucapkan kepada saudara Ikhwan, Naufal (Ta) dan Arif. 
Semoga selamat sampai ke tanahair.
Jumpa lagi kalau umur panjang.
#bloodbrothers

Ikhwan (dua dari kiri)

Naufal dan Arif


Wednesday, March 22, 2017

Graduation Day

"Hard work always pays off."

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, setelah empat tahun bertungkus lumus, akhirnya graduation day menjelma jua.
Sekalung penghargaan buat ummi, Puan Norzela bt. Ab Latif, buat abah, Encik Othman bin Abu Kassim, adik-beradik yang nakal, pihak penaja, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tuan penasihat, Encik Abdul Ghani Selbi, para supervisor, Prof. Yamamura, Mr. Szilard, & Ms. Takaya, rakan-rakan seperjuangan dalam Yamamura Lab, rakan-rakan seangkatan di Akita University, guru-guru Tabika Kemas LGM Sg. Buloh, SK Seksyen 7 Kota Damansara, SK Subang Bestari, SAR Al-Ikhlas, SBPI Rawang, AAJ UM, Akita University, sahabat-sahabat handai yang awesome serta mereka-mereka yang tak di-mentioned yang tak pernah lelah mendoakan perjuangan kami.



Malaysian Students Graduates of Akita University 03/17

Saturday, March 11, 2017

Wake Up Call

"Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

Ada orang asalnya keluarga susah, pergi interview kerja kena reject sokmo, tapi akhirnya berjaya bukak bisnes sehingga jadi antara manusia terkaya didunia.
Ada juga orang yang time sekolah, cikgu-cikgu semua tak pernah bagi harapan kat dia untuk lulus berjaya peperiksaan semua, malah digelar bodoh, disumpah-seranah dengan perkataan yang tidak wajar, tetapi akhirnya berjaya peroleh ijazah sarjana dan anugerah-anugerah akademik yang sewaktu dengannya.

Usaha dengan doa.
Allah kan ada. Kenapa nak mengeluh dengan setiap kegagalan?
Moh le kita bangkit segera dari kegagalan, dan usaha sampai berjaya.
Usah peduli kata maki orang dari belakang tu.
InsyaAllah, kejayaan menantimu.


"Bukan berkhutbah, cuma betuli diri jua." -Malique

Sunday, March 5, 2017

Random

Sedar tak sedar harini dah masuk lima haribulan Mac.
 Bermakna ada lagi lebih kurang satu bulan sembilan hari untuk aku menetap sebagai residen di bumi Akita ni, sebelum balik back for good ke Malaysia.
Aku pun tak sure sangat apa je yang aku dah buat dekat sini selama empat tahun ni.
Tapi alhamdulillah syukur, banyak benda yang positif dari yang negatif berlaku keatas aku sepanjang aku menetap kat sini.
Dan insyaAllah dalam masa yang berbaki beberapa minggu ni, aku akan cuba penuhkan dengan benda-benda yang berfaedah, bukan sekadar duduk depan PC main game aje (kononnya).
Mungkin aku boleh isi waktu tersisa ini dengan meronda-ronda pandu motokar, teroka lagi bumi Akita ni pastu snap gambar buat tatapan dikala kerinduan di bumi Malaysia kelak, cewah.
Okay sudah lah. Sekian.

Mount Kanpu, Oga, Akita

Tuesday, February 28, 2017

Timelapse Project: Sunset

Location: Serion Tower, Tsuchizaki, Akita
Date: 28th February 2017

**********************************************************************


**********************************************************************

Friday, February 24, 2017

Day 907

Where flowers bloom, so does hope.
花は咲く、希望もそうだ。


Thursday, February 23, 2017

Day 906

People come, people go.
出会いがあれば別れもある。